Picit-picit

IMG_5549

Haritu aku nampak Syera post gambaq benda alah ni kat FB. Lepas tu masa nak pi beli pampers Amir, lalu depan kedai yang jual benda alah ni.

So aku pun terjebak. Alah, lima ringgit ja pun bendanya.

Start la picit-picit benda ni bila dalam kereta. Teruja jugak, sebab tak sangka rupanya duduk dalam kereta pun banyak jugak aku sempat picit benda ni.

Mula-mula aku buat by set– Istighfar, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, selawat, La ilaha illallah, semua 100x.

Tapi bila tengok dah sampai seratus, rasa macam tak puas pun ada. Sekejap sangat. Sebenarnya setakat nak bertasbih 100 kali tu, tak lama mana pun. Serious. Cuba hangpa try. So aku tambah lagi dosage for each zikir. 

And then, after a while aku sedar.

Sebenarnya, it is not really about the number. Berapa ratus, ribu tasbih, tahmid yang kita sebut tu, tak la sepenting ‘rasa’ dalam hati kita.

Rasulullah s.a.w. suruh puteri baginda Fatimah baca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar 33x bila penat buat kerja rumah. Kita pun baca yang sama macam Fatimah. Tapi kenapa tak hilang jugak penat kita? Kenapa tak dapat effect macam yang Fatimah dapat?

Mungkin, mungkin sebab kita zikir setakat di bibir saja. Tak feel. Walhal, soal rasa itu jauh lebih penting berbanding kuantiti.

Wife aku kadang-kadang dari dapur dah boleh dengar dia komplen sambil masak, ‘Cili ni tak pedas la. Padahal dah bubuh banyak dah. Tak boleh beli dah la kat kedai abang tu. Nanti kita try beli kat…’

See? Benda, kalau banyak pun, tapi tak ada rasa, tak guna jugak.

Jadi kalau dengan cili tu pun kita rasa kecewa, apatah lagi dengan amal kita? Nak kata banyak, memang tentu-tentu tak banyak. Yang sedikit tu pulak, belum tentu ikhlas lagi.

Haih. Risau sebenarnya kalau kita fikir-fikirkan. Bukan apa, takut-takut di sisi Allah rupanya apa yang kita buat yang konon orang definisikan ‘baik’ tu, sekadar habaan mansuro, debu-debu yang berterbangan saja. Yang tak ada nilai pun di akhirat nanti.

Antara tips yang Ustaz Pahrol bagi, fahamkan apa yang kita sebut tu. Rasakan sampai ke hati. Subhanallah. Maha Suci Engkau ya Allah. Mana mungkin tuhan yang Maha Suci menerima amal yang terselit kotoran seperti riya’, ujub, dan segala mazmummah. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

Hitung kembali sekian banyaknya nikmat yang telah Allah beri. Bak kata Saidina Ali, nikmat itu adalah benda yang besar, tetapi dianggap kecil oleh kita, manakala ujian itu, adalah benda yang kecil tetapi dianggap besar bagi kita. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tuhan jangan kau izin aku lupa, jangan Kau biarkan aku mendepang dada.
Pasakkan hatiku pada kaki.
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Ajar diri untuk tunduk pada kebesaran Allah. Tuhan yang Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit dan di bumi. Yang tidak ada sehelai daun pun yang gugur, melainkan semuanya di dalam pengetahuanNya. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Tapi, bukanlah aku nak kata kalau kita zikir banyak-banyak tu langsung tak dapat faedah. Zikirlah, walaupun kadang-kadang hati kita lalai. Kerana sekurang-kurangnya, lidah kita dah terpelihara daripada percakapan yang berdosa.

Cuma bila bercakap bab ikhlas, nak taknak kita kena mujahadah sendiri. Sebab ikhlas ni rahsia Allah. Even malaikat pun taktau amal kita ikhlas atau tidak. Jadi bila kita cakap, Saya ikhlas ni, maybe kita kena check balik hati. Betul-betul ke ikhlas kita?

Itu baru amalan sendiri. Amalan orang lain, lagi lah. Sedangkan amal sendiri pun kita tak tahu ikhlas ke tidak, macamana kita berani cakap orang lain tak ikhlas dengan amal mereka?

Yang penting, tetaplah berbuat baik. Analoginya nak ikhlas ni macam kita naik basikal. Kalau takut jatuh, macamana nak pandai kayuh?

Nak pandai kayuh basikal, kena lah NAIK basikal dulu. Dalam masa kita belajar tu memang akan ada masa kita terjatuh. Tapi kita bangun kembali. Belajar lagi. Cuba lagi. Sampai kita pandai.

Macamtu lah dengan ikhlas. Memang kadang-kadang kita rasa baik yang kita buat tu macam tak berapa ikhlas. Tapi, takkan sebab tu kita langsung taknak cuba buat kebaikan?

Samalah konsep macam, Aku sembahyang pun bukannya khusyu’. Baik tak payah sembahyang langsung.

Kan? Tak boleh lah. Sembahyang tetap kena sembahyang. Khusyu’ tu kita cubalah sampai dapat.

Sebenarnya, semua tu termasuk dalam tipu daya iblis. Dia nak halang kita buat baik, dia bisik la yang bukan-bukan. Nanti orang kata poyo lah, dosa-dosa hang sebelum ni pun banyak lah, malu kat orang nanti orang cakap alim sangat lah, segala macam lintasan-lintasan yang memang kita sendiri boleh dengar dalam hati kita.

Takpa, kita tepis macam lalat. Bila datang lintasan-lintasan macam tu, cepat-cepat kita betulkan balik niat. Jaga hati– Lillahita’ala. Sebab aku dah tersalahlah aku nak betulkan balik. Malam tadi aku buat dosa, so pagi ni aku nak buat baik untuk padamkan balik dosa malam tadi.  

Saja nak share dengan hangpa. Dulu masa awal-awal Telekung SK keluar, wife aku cakap segan nak bawak pergi office. Dia kata nanti orang tengok, malu.

Habis tu, sebab nak elak orang ‘puji’, kena pakai telekung lusuh la? Kena pakai jugaklah telekung lama tu? Kenapa tak mau pakai yang cantik-cantik, yang elok bila nak hadap Allah?   

Kan boleh kita niatkan pakai tu untuk tunjuk pada Allah, Ya Allah, Kau kurniakan aku rezeki yang melimpah ruah, maka lihatlah aku gunakan ia ke jalan yang Engkau redha?

Macam Nabi Sulaiman cakap,

Ini termasuk kurnia tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (nikmatNya).

Ayat 40, Surah An-Naml.

Pokok pangkalnya, balik pada hati kita sendiri.

Semoga kita ikhlas dalam amal ibadah kita yang tak seberapa ni.

PS: Yang trigger post ni sebenarnya sebab aku jeles dengan Syera.

Nabi kata siapa yang dengan sebab dia, ada orang lain mendapat hidayah Allah, maka itu lebih baik daripada unta merah (benda yang paling berharga pada zaman tu). Maksudnya lebih berharga daripada dunia. Sebab tu aku tuliskan post ni. Moga-moga, ada yang beroleh hidayah asbab tulisan ni.

Mari hidupkan budaya para sahabat, fastabiqul khairat, berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan.