Tikus Setengah Ekor

Tazkirah Jumaat by Ustaz Badli Shah.
(12/02/2016)

– Berkenaan isu debat-debat ni, dalam satu hadis nabi, nabi jamin akan dibinakan sebuah rumah di dalam syurga nanti untuk sesiapa yang meninggalkan perbalahan, walaupun dia berada di pihak yang benar.

Tak payah la kita nak cabar mencabar untuk berdebat. Sebab kalau nak diikutkan, semua benda pun boleh didebatkan. Kalau nak berdebatlah.

Katalah ada satu keluarga kucing. Sebelum mak kucing keluar, dia pesan kat anak-anak dia,

“Kalau dapat tangkap tikus, makan setengah ekor.”

Anak kucing sulung dapat tangkap 4 ekor tikus. Dia makan dua ekor, lagi dua ekor dia simpan.

Sebab dia ingat pesan mak dia– Kalau dapat tangkap tikus, makan setengah ekor.

Anak kucing kedua pulak dapat tangkap seekor. Dia makan separuh je tikus tu. Separuh lagi dia buang.

Abang dia sound, Laa, apsal membazir?

Yelah, kan mak cakap, “Makan setengah ekor”?

So dia makan separuh je la. Betul jugak, kan?

Datang adik bongsu kucing, dia pun dapat tangkap seekor.

Tapi, dia makan ekor je. Tu pun setengah.

Sebab, mak cakap tadi, “Kalau dapat tangkap tikus, makan setengah EKOR!

Ha, macamana?

Kalau nak berbalah, tiga-tiga akan cakap diaorang masing-masing betul. Dalilnya tetap nas yang sama– Kalau dapat tangkap tikus, makan setengah ekor.

Jadi kita ni, tak payah la berdebat, cabar orang berdebat. Islam anjurkan musyawarah, bukan berdebat. Kita tak dapat untung apa pun. Yang untung, orang yang tak suka pada agama kita. Ini, bukan setakat orang agama je nak berdebat, pasal bola pun nak berdebat jugak!

– Rasulullah s.a.w. pernah tanya Jibril, adakah Jibril akan tetap turun ke dunia walaupun baginda telah wafat? Jawab Jibril, Ya rasulullah. Aku akan turun mengambil 10 mutiara yang paling berharga di dunia. 10 perkara yang akan dicabut itu adalah,

1) Keberkatan
2) Kasih sayang sesama manusia
3) Kasih sayang antara keluarga dan saudara-mara
4) Sifat adil daripada pemimpin
5) Sifat malu daripada perempuan
6) Sifat sabar daripada fakir
7) Sifat wara’ dan zuhud dari para ulama’
8) Sifat pemurah daripada orang kaya
9) Al-Quran
10) Iman

– Keberkatan ni adalah sesuatu kebaikan yang melimpah ruah. Dengan campur tangan Allah, yang sedikit itu pun akan terasa banyak. Apatah lagi yang banyak, pasti terasa melimpah.

Ada orang, gajinya gred rendah saja. N17.

Tapi sebab dia buat kerja bersungguh, rezekinya halal, dia diberi keberkatan, kebaikan yang dia dapat tu melimpah ruah sampai rasa gaji dia macam gred N71!

Ada orang pulak, nama pun JUSA– Jutawan Sektor Awam. Tapi, dia tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia ada.

– Nabi ajar kita untuk mencari berkat. Sebab berkat ni boleh ditarik, jadi kita kenalah cari.

Sampaikan kita nak makan pun nabi ajar, Allahumma bariklana fima rozaktana… Ya Allah, BERKATIlah rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami.  

Dulu ada sahabat tanya nabi, kenapa dia dah makan tapi still rasa lapar jugak.

Nabi tanya, makan sorang-sorang ke tadi?

Sahabat jawab, betul rasulullah. Makan sorang-sorang.

Nabi balas, next time makan ramai-ramai, sebelum makan sebut nama Allah, dan keberkatan akan turun kepada makanan tersebut.

– Nak dapat berkat, cuba amalkan makan beramai-ramai. Tapi jangan makan je ramai, bayarnya asing-asing. Jangan takut nak belanja orang makan. Insyaallah kita akan dapat keberkatan.  

– Bila menghadap makanan, jangan terus terkam bahagian yang tengah. Mula makan dari tepi.

– Itu cerita berkat dalam makanan. Berkat dalam harta macamana pulak? Tentunya dengan zakat, infaq dan sedekah.

– Jangan takut dengan janji Allah. Yakinlah, Allah akan tepati janjiNya.

– Orang Islam ni bersaudara. Umpama cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Jadi bila kita berzakat, bayangkan berapa ramai saudara-saudara kita yang dapat manfaat daripada zakat kita.

– Yang duduk kat KL ni cuba pergi check nama kat van Pusat Zakat. Tak semestinya untuk bayar zakat saja. Entah-entah kita pun termasuk dalam list nama asnaf. Tengok rupa bukan main smart lagi, tapi tak sedor termasuk golongan layak terima zakat rupanya. Hehe.

– Masa banjir besar 2 tahun lepas, pusat zakat wilayah sumbangkan RM5 juta untuk negeri-negeri yang terlibat. Paling banyak, Kelantan (RM1 juta). Itu untungnya bayar zakat di KL. Duit tu sampai merata-rata, bukan setempat saja. Sebab kutipan di KL kuat, Alhamdulillah.  

– Di KL saja pusat zakat agihkan kepada ~18,000 orang yang layak menerima bantuan zakat. Masjid-masjid di KL sekarang ada sediakan makan tengah hari (Jumaat) untuk gelandangan. Daripada mana datang duit ni? Daripada zakat yang kita bayarlah. 

– Berilah mengikut kemampuan sendiri. Kalau kita ni gajah, padanlah kita berikan kerbau. Jangan kalau kita ni ayam, nak persembahkan kerbau jugak. Tak mampu kita.

Tapi yang lebih tak masuk akal, kalau gajah sanggup persembahkan semut je. Yang tu lagi tak munasabah.


3 responses to “Tikus Setengah Ekor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s