Daging untuk tuan, tulang untuk saya

Bukan pelik lagi dah kes mak ayah datang sekolah, serang cikgu tanpa usul periksa. Datang marah-marah tanpa adab, tanpa akhlak, ya Allah, boleh la diaorang percaya bulat-bulat kat anak tu.

Tak ke kecil hati cikgu anak kita tu? Dia pun manusia bang. Menangis jugak dia.

Lepas dah kena maki, serang macam tu, jangan peliklah kalau lepas-lepas ni cikgu tu akan bagi layanan yang berbeza pada anak kita berbanding dengan anak orang lain. Tak payah nak sentaplah kalau cikgu buat acuh tak acuh je.

Ini bukan soal siapa salah siapa betul semata. Ini berkait dengan soal keberkatan.

Soal markah, soal pointer, kita boleh nampak, boleh kira. Tapi soal keberkatan ni, Allah yang tentukan.

Cuba tengok orang sekeliling kita. Ada yang akademik dia sangat cemerlang, tapi hidupnya tak kemana pun. Derhaka dengan ibu ayah, tak rasa bersalah buat maksiat kepada Allah, tak peduli soal habluminannas, dan segala macam istidraj lagi yang Allah bagi.

Na’uzubillah. Aku rasa kita as parent, jangan buka ruang langsung untuk anak kita jadi tak hormat pada cikgu.

Tutup segala ruang untuk anak menyalahkan guru. Bila dia mengadu cikgu dia teruk, suruh dia lihat balik diri dia. Dia pun teruk jugak!

Kalaupun guru tu ada salah silap di mana-mana, takkan kita nak membaiki dengan meruntuhkan akhlak kita?

Dan aku rasa dalam doa-doa kita, patut kita selitkan sekali doa untuk guru-guru anak kita. Fizahril ghaib. Doakan mereka sembunyi-sembunyi.

Syukur ada orang yang sanggup pikul tanggungjawab nak didik anak kita, bagi ilmu kat anak kita. Macamana kita mohon pada Allah dimudahkan segala urusan, diluaskan pintu rezeki, dikurniakan akhlak yang baik, doakan juga yang sama untuk cikgu-cikgu anak kita dan keluarga mereka.

Moga-moga lunak hati cikgu bila tengok anak kita, sebagaimana lunak hati kita terhadap anak-anak.

Haih. Patutlah orang dulu-dulu pesan kat cikgu,

“Daging untuk tuan, tulang untuk saya”.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s