Jangan berlunjur sebelum duduk.

House rules yang kesembilan ratus tujuh belas: Kalau nak pergi taman, kena– makan breakfast & lunch banyak2, siapkan homework, tidur petang, tak nangis, jaga adab dan akhlak.

Tapi nak dapat pakej lengkap macam ni memang tunggu bulan jadi biru jugak la. Hehe.

So kalau dapat fulfil sikit-sikit tu, daddy pejam mata je la bawak jugak pi taman.

Kadang-kadang, ada masa depa nak rewards, tapi yang kita suruh depa buat untuk kebaikan depa sendiri, takmau buat. Suruh siapkan homework tak mau, tapi dok merengek nak tengok Tobot kat Ceria. Memang tak laa.

Ironinya, bila dah jadi parent ni, makin banyak pulak salah sendiri yang kita nampak. Banyak nak kena muhasabah balik. Kena terima kasih kat anak-anak sebab banyak yang kita boleh belajar daripada diaorang.

Rupanya, kita ni pun macam anak-anak kita jugak. Mintak itu ini, hajat punyalah banyak, tapi, ‘behave’ ka?

Iyya kana’ budu waiyya kanastai’n.

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan kepadaMu lah kami memohon pertolongan.

Cuba tengok balik tertib ayat.

Kena abdikan diri dulu. Kemudian barulah nak mintak apa pun.

Malangnya kita ni terbalik. Mintak dulu, baru nak mengabdi diri. Mintak itu ini, hajat punyalah banyak, tapi rupa-rupanya pengabdian kita sangat kurang.

Astaghfirullah. Malunya kita dengan Allah.

Harapnya kita ingat-ingatlah lepas ni,

Jangan berlunjur sebelum duduk.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s