Safa dan Marwah

Aku paling liat nak angkat telefon bila mak aku call lepas Maghrib. Selalunya dalam pukul 8pm, mak aku nanti call la nak sembang dengan cucu-cucu dia.

Masalahnya, time-time macam tu aku kadang baru nak keluar office lah, baru lepas jemput Yanie lah, baru nak sampai nursery anak-anaklah, pendek kata chances aku belum sampai rumah time tu sangat tinggi.

Pada mak aku yang bermastautin kat Ipoh tu, kalau traffic light depan Aeon Kinta City tu lama sikit pun dia dah consider traffic jammed dah. Kalau balik office pukul 6.30pm tu, kira balik lambat dah tu.

So hangpa bayang macamana aku nak uruskan expectation mak aku dengan keadaan kita kat KL ni. (Tapi by now, aku rasa mak aku dah boleh accept dah the ‘new norm’ dan taklah rasa teruk sangat kami ni. Hehe)

Kalau orang tanya, memanglah, penat jugak dok berulang dari rumah ke office macam ni tiap-tiap hari. Tapi alah bisa tegal biasa. Dan aku rasa, bukan kami ja yang macamni. Well, untuk kita-kita yang terpaksa adapt dengan ‘new norm’ ni, mari aku share satu cerita untuk pujuk hati kita.

Pernah dengar kan kisah Siti Hajar dan Nabi Ismail yang berlari-lari dari bukit Safa ke bukit Marwah? Ending cerita tu apa? Diaorang jumpa telaga Zam Zam.

Tapi perasan tak? Yang berlari-lari tu, Siti Hajar. Tapi yang jumpa telaga Zam Zam, bukan Siti Hajar, tapi Nabi Ismail a.s.

Apa yang kita boleh belajar daripada kisah ni, kadang-kadang, memang kita rasa penat dalam mencari rezeki. Ada sesetengah kita rasa stress kat office, kerja teruk-teruk tapi tak jugak naik pangkat, geram dengan perangai colleagues, printer habih dakwat, macam-macam hal yang kurang menyenangkan kat office tu.

Takpa. Sabar. Ikhlaskan hati. Ingat balik kisah Siti Hajar dan Nabi Ismail tadi. Mungkin Allah nak bagi rezekiNya melalui anak.

Allah bagi kesihatan yang baik pada anak kita, cerdas fikirannya, taat pada kita, penyejuk mata dan hati orang sekeliling, 1001 cara Allah boleh bagi.

So, steady. Focus.

“Aku kerja sebab nak cari redha Allah. Semoga Allah pandang usaha aku.”

Dan baru ni aku nampak sungguh-sungguh contoh ni. Hangpa tau kan pasal Darussyifa’ Dato Haron Din tu? Cuba hangpa check, siapa yang rasmikan bangunan tu tahun 1991 dulu.

Dia bukanlah orang yang kita kenali sebagai ‘orang agama’ pun. Tapi awat special sangat sampai Dato’ Haron Din bagi dia yang rasmi? (Bab ni pun best jugak. Tapi lain kali lah kita cerita).

Cuma nak prove kat hangpa point Safa dan Marwah aku tadi.

Hangpa tengok hidayah yang Allah bagi kat anak dia sekarang. Masyaallah. Mencurah-curah! Kita yang tengok dari jauh ni pun tumpang seronok dan terharu.

Jadi bila rasa penat pi kerja, ingatlah balik kisah ‘Safa dan Marwah’ ni.

Oklah, selamat menikmati hari Ahad!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s