Donald Trump (dan masalah-masalah lain)

Ada masa, memang kita rasa, “Ya Allah, sabaqkanlahh aku ni”. Geramm, meluat, frust, macam-macam perasaan ada. Contoh pagi tadi, macam masa aku baca pasal Trump tu. Huuhhhh!

Tapi bila fikir balik, apa sangat ja yang aku boleh buat untuk halang dia jadi ‪#‎POTUS‬. Dan memang ada ujian-ujian, musibah-musibah yang berlaku dalam hidup kita, yang kita memang takkan mampu untuk selesaikan sampai ke sudah.

Sesetengah perkara dan musibah ni, kita kena terima dan live with it. Kita kena ‘hidup bersama’ dengan masalah tu.

Sebab apa Allah yang Maha Baik tu takdirkan macam tu kat kita?

Sebab, Allah nak jadikan masalah/ujian itu sebagai ‘alasan’ untuk kita merintih kepada Allah.

Kita ni, kalau tak ada apa masalah, semuanya smooth ja, takdaknya kita nak sujud sungguh-sungguh kat Allah. Ingat balik, masa kita senang ka, masa kita susah yang hati kita lebih lembut untuk ingat kepada Allah?

Dengan adanya orang yang berpengaruh dan zalim macam Trump ni, kita kembali ingat pada Allah. “Cukuplah Allah bagi kami”. Kita mengaku depan Allah yang kita ni lemah, tak mampu pun nak lawan kezaliman orang yang berpengaruh tu, kecuali dengan pertolongan Allah.

Saudara, mengaku kita lemah dan hina di hadapan Allah itu, sebenarnya adalah asbab untuk Allah memberi kekuatan dan kemuliaan kepada kita.

Bila kita sakit, kita merintih kepada Allah. Kalau sakit tu tak ada, rasanya kita takkan sungguh-sungguh dalam berdoa.

Sedarlah, sebenarnya rintihan kepada Allah itu jauh lebih berharga, lebih mulia, lebih tinggi nilainya daripada kesihatan kita.

Berapa ramai orang yang sihat tetapi lupa untuk bersyukur kepada Allah?

Kita kerja, usaha habis daya untuk cari harta nak bagi keluarga kita selesa. Tapi, tak jugak kaya macam ‘orang yang kita selalu bandingkan’ tu.

Bro, Allah sedang menyelamatkan kita daripada kejahatan dan tipu daya harta tu.

Kita dah nampakkan berapa ramai orang yang banyak harta, tetapi dengan harta itu jugaklah dia mengundang laknat Allah?

So, bersangka baik dengan Allah. Kita tak diberi harta oleh Allah bukan kerana kita tak usaha, tapi Allah tahu kalau kita ada harta lebih sangat nanti, kita mungkin jadi macam orang yang kita benci tu, malah mungkin lebih teruk lagi.

Satu lagi bab sabar.

Tiap-tiap hari kita mohon, “Ya Allah, jadikanlah kami ini orang yang sabar dan bersyukur.”

Yang peliknya, bila Allah datangkan ujian, kita berkeluh-kesah tak suka ujian tu. Kita nak sabar, tapi bila Allah bantu kita untuk sabar, kita marah pulak.

Ya, kat mulut, kat akal, kita tahu ujian ini adalah untuk menguatkan kita, dan Allah takkan uji kita lebih daripada kemampuan kita.

Tapi setakat akal dan mulut sajalah. Dalam hati, masih ada perasaan semacam tidak redha bila ditimpa ujian.

Sedangkan Allah sedang memakbulkan doa kita — nak jadi penyabar, nak jadi orang yang sentiasa bersyukur.

Sabar ini memerlukan proses. Apa yang berlaku pada diri kita, itulah sebenarnya proses Allah mendidik dan menjadikan kita orang yang sabar.

Jadi kita kena ingat, kita mintak supaya kita ini diberikan sifat-sifat ahli syurga. Maka apa yang berlaku ini, yang kadang-kadang menguji kesabaran kita, itulah proses Allah menanamkan sifat-sifat mahmudah dalam diri kita.

Tengok sejarah para rasul dan nabi. Title Ulul Azmi tu bukan calang-calang boleh dapat. Macamana pulak bentuk ujian yang dihadapi tara nak dapat penghormatan setinggi itu?

So next time bila rasa sedang diuji, ingat balik — Allah tengah tolong aku jadi lebih baik ni!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s