Writing Tips

Dear friends, let me share with you some writing tips by Ustaz Pahrol.

– Hujah yang benar tetapi kasar mampu menundukkan akal, tetapi gagal menawan hati. Lalu yang jahil tetap berdegil, bukan kerana tidak tahu, tetapi tidak mahu.

– Bahasa yang kasar sekalipun benar, tetap menyakitkan. Apabila mendengar atau membaca tulisan yang sebegini diri terasa dipersalahkan.

Namun jika kebenaran dapat disampaikan dengan lunak dan mesra, akan menimbulkan rasa bersalah dalam diri pendengar atau pembaca.

Berbeza sekali impak rasa bersalah dan dipersalahkan. Orang yang rasa bersalah akan akur dan berubah. Sebaliknya, orang yang rasa dipersalahkan akan bangun menentang sekalipun tahu mereka bersalah.

– Bukan soal ‘apa’ yang ingin kita tulis itu benar atau tidak sahaja yang perlu dipertimbangkan, tetapi ‘bagaimana’ kita menulisnya juga sangat penting difikirkan.

Malah, soal bagaimana kita menulis itu ada kalanya lebih penting untuk mempengaruhi pembaca. Dua tulisan yang membawa mesej yang sama tetapi menggunakan istilah, bahasa dan susun ayat yang berbeza akan memberi kesan yang berbeza kepada pembaca.

– Jauhi bahasa yang mengutuk atas alasan untuk mengetuk hati dan minda pembaca. Kutukan itu akan membuka pintu kemarahan lantas timbul tindak balas yang negatif dari pembaca. Atas alasan langkah itu lebih wajar dan jujur tanpa selindung, maka ada penulis yang memilih pendekatan ini.

Namun, sekiranya kita mampu memujuk, apa perlunya mengutuk?

– Tulisan yang baik tidak memperkecil apalagi merendahkan daya pemikiran pembacanya. Penulis yang baik tidak ‘menunjuk’ pandai sebaliknya sentiasa ingin ‘memandaikan’ pembacanya.

Dengan membaca tulisannya, pembaca tidak akan rasa disindir, diperkecil apatah lagi diperbodohkan. Apabila hendak menegur, tegurannya disampaikan dengan menggunakan ganti nama ‘kita’ bukan ‘kamu’. Dengan itu pembaca akan rasa ‘diajak’ bukan ‘diajar’ oleh penulis.

– Ya, penulisan yang polos, ‘direct’ dan menunjal akal dan jiwa pembaca mungkin diminati ramai. Khalayak akan tertarik dengan keberanian, pendekatan yang lebih vokal dan sikap berterus terang penulis.

Namun, diminati bukan sepenuhnya petunjuk bahawa tulisan itu berkesan. Apatah lagi jika diukur pada nilai dakwah dan tarbiah yang sewajarnya menjadi teras dalam penulisan Islam.

– Kita bimbang, bahasa dan kata-kata yang kasar, polos dan keras menjadi budaya di kalangan remaja. Jika dulu, bahasa dan kata-kata seumpama itu hanya menjadi ‘pakaian’ segelintir remaja yang liar dan tidak terkawal, kini remaja-remaja yang “Islamic Minded’ pun menggunakan pendekatan yang sama… dengan alasan itu lebih cepat dan berkesan. Tidak perlu lagi metafora, analogi, kiasan serta tamsilan. Itu semua lambat dan mengelirukan, dakwa mereka.

Tembak dan tujukan terus kepada sasaran… tanpa selindung-selindung lagi. Gunakan bahasa yang dekat. Gunakan slanga, bahasa rojak atau istilah pasar jika perlu. Yang penting mesej sampai!

Mesej memang sampai. Tetapi bagaimana penerimaan hati?

Akal telah akur tetapi hati masih menolak. Begitulah jika ilmu disampaikan tanpa adab. Ia ibarat memberi bunga yang tiada harumnya.

– Tulisan yang benar membuat fikiran menjadi lebih besar. Bila keindahan dan kebenaran bergabung, kata-kata akan menjadi kuasa yang mampu mengubah jiwa!


One response to “Writing Tips

  • chekemdotty

    Pire,aku nak share something.Aku decided nak aktif balik berblog ni.Aku pun survey la apa yang menarik pasal WordPress,Blogspot,Tumblr,Eyeem,Instagram dan FB.Aku perasan satu je.Orang putih/mat dan minah saleh kat luar tu pakai benda tu semua utk bagi ilmu dan maklumat.Diorang share diorang punya aktiviti,tapi dalam bentuk ilmiah.Aku pun terkesima.Dah kenapa diorang yang bukan Islam lagi appreciate benda-benda yang melibatkan ilmu ni.
    Tu yang aku rasa nak aktif balik berblogging.Nak share buku,experience aku g travel.Aku tak nak like dgn followers tu semua.Aku nak buat simpanan je semua tu.Sebab aku tengok diorang,diorang buat semua tu sebagai diary,tapi isi dia mmg awesome.Aku rasa kalau budaya kita tak kot.FB,Twitter tu semua diorang pakai utk buat luahan perasaan,kondem orang sana sini.Penat wei hidup dlm masyarakat yg mcm ni.
    Tu yang aku rasa,that’s it..Aku dah penat nak handle akaun FB aku yg dah bertahun-tahun tu.Aku nak mulakan hidup baru.Kat FB,ada satu blog ni..Go,See,Write..Pergh,habaq ang.Sangat memberi inspirasi kot.Aku dah start g travel sejak 2010.Nyesal gile wei tak buat mcm dia buat tu😭.
    Kalau local plk,hang boleh layan The Vocket.Yang tu pun sangat membina minda dan memberi inspirasi..Salute..
    Jadi,ni je medium yang tinggal utk aku stalk hang.Jadi,rajin-rajinkanlah menulis kat sini tau.Aku dah tak lalu nak bukak akaun FB yg baru.Aku ada satu,tapi betul-betul aku pakai sebab aku nak info je.Kawan-kawan baik dgn famili aku tak tau.Aku tak nak diorang terlibat utk komen-komen benda yang akan menimbulkkan kontroversi dan yang tak pasti lagi jadi dlm hidup aku ni..
    Ok wei..sorry panjang..dah lama tak kacau hang 😁😁 From:Aishah Adam/Penjejak Badai/hamba allah yg pernah nak ngurat anak ang,Encik Qaid Munzir 😂😂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s