Cerita Usamah

Harini newsfeed aku cerita pasal anak-anak start exam. Termasuklah anak bujang kami. Orang yang nak ambik examnye relax je, daddy dengan mummy dia yang tak senang duduk. Haha.

Semoga anak-anak kita semua tenang dan dapat menjawab soalan dengan baik, insyaallah.

Bila dah jadi mak ayah ni, cenggitulah. Risau anak examlah, attend concert anaklah, kena ingat tarikh bila next appointment cucuk anaklah, memang anak la yang jadi centre of gravity kita. Dan bercakap pasal mak ayah ni, nak share sikit points yang aku sempat tulis masa dengar kuliah haritu. Of course, aku bukanlah orang yang paling layak nak cerita bab adab dengan ibu ayah ni.  Aku tau, banyakk lagi yang aku kena improve bab muamalah dengan mak ayah dan mertua ni. Tapi sekadar nak ingatkan diri sendiri, dan taknak points2 ni nanti hilang macam tu je, aku share kat sini. 

Satu ketika, masa zaman pemerintahan Saidina Uthman, harga pohon tamar menjadi sangat mahal.

Ada seorang sahabat ni namanya Usamah bin Zaid. Ibu Usamah bagitau, dia nak makan buah tamar. So Usamah pun belikanlah. Walaupun harga masa tu sangat mahal, mencecah seribu dirham, Usamah belikan jugak untuk ibu dia. 

Lalu sahabat-sahabat yang lain bertanya kepada Usamah, “Mahalnya. Kamu sanggup beli buah tamar yang mahal tu untuk ibu kamu? Sedangkan kamu boleh beri buah yang lain (gred yang lebih rendah) kepada ibu kamu.”

Nak tahu Usamah jawab apa?

“Sesungguhnya ibuku telah meminta tamar kepadaku. Dan tidaklah dia meminta sesuatu pun padaku sedang aku mampu untuk melakukannya kecuali aku akan memberikan sesuatu itu kepadanya sehabis usahaku.”

Maknanya, bila parent mintak tolong sesuatu kat kita, kita kena cuba sehabis baik untuk penuhkan hajat diaorang. Tak kiralah apa pun.

Dalam konteks kita harini, kadang-kadang disebabkan kerja yang banyak, sebab kepentingan-kepentingan peribadi, urusan keluarga kecil kita, ibu ayah kita yang kat kampung tu terpaksa menguruskan kehidupan mereka sendiri. *BURNTTTTT* 

Jangan kita mudah kata, “Oh saya ni dah bagus dahh. Kirim dengan mak duit sekian-sekian banyaknya setiap bulan.”

Boleh jadi kita memang tak ada masalah bab nak bagi duit. Gaji kita besar, alhamdulillah. Setakat nak hulur duit tu memang tak rasa beban pada kita. Tapi kita tak sedar kita ada masalah lain.

Mentang-mentang kita dah jadi boss, dah jadi CEO, dah biasa mengarah orang itu dan ini di pejabat, bila kita berbincang dengan ibu ayah kita, kita terbawa-bawa sikap boss tadi. Kita bawa lantunan suara CEO tadi.

Kalau dengan VIP kita bangun, kita tundukkan kepala kita, kononnya hormat sangat dengan orang tu. Sedangkan orang yang paling layak kita hormati adalah kedua ibu dan ayah.

So tak payah la mengata orang lain kedekut dengan mak ayah, sebab kita pun ada part yang kita perlu mujahadah. Dia kena perbaiki bab kedekut, kita kena perbaiki bab lunak dengan mak ayah. 

Jangan rasa orang lain tak pandai jaga mak ayah depa. Sebab kita ni pun sebenarnya tak bagus mana. Sentiasa ada ruang untuk kita memperbaiki diri.

Sama-sama kita mujahadah. Semoga kita tergolong dalam golongan qurrata a’yun, yang menjadi penyejuk mata mak ayah dan orang di sekeliling kita.

#Muhasabah #usrati


5 responses to “Cerita Usamah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s