Sebab Kerja Kita Boring

Last week Yanie pi kursus dua hari. So balik kursus, haruslah bersemangat. Kira ni tengah ada aura super saiya satu badan la ni.

Tapi aku tak tau la berapa lama aura tu boleh tahan. Heheh. Bukan nak peleceh, tapi memang kita semua pun macam tu, kan? Ada la dua tiga hari semangatnya. Lepas tu…

Aku pernah dengar satu kuliah ni. Selalu kan kita cakap kat anak, “Mummy nak pergi kerja cari duit. Untuk beli toys abang, bawak abang jalan-jalan, makan sedap-sedap etc”.

Cuba lepas ni kita ubah sikit ayat kita tu.

“Mummy pergi kerja sebab nak tolong orang. Sebab nak bagi manfaat pada orang.”

Jangan kata perception anak, perception kita sendiri pun akan berubah.

Sedar tak sedar, dalam kita bekerja ni, sebenarnya kita memang sedang memberi manfaat pada seseorang. Tak kisahlah kerja apa pun kita. Ada yang akan mendapat manfaat daripada hasil kerja kita. Dan bukankah sebaik-baik manusia itu adalah yang paling banyak memberi manfaat?

Tu sebab bila Yanie mengadu kat aku dia penat, banyak kerja, nak kena balik lambat, aku ingatkan dia balik,

“Takpe, mummy tengah tolong orang.”

Macam Yanie, kerja dia memang direct dengan public. Orang nak withdraw duit kat ATM, duit tak keluar, tapi dalam account kena tolak. Ha, tak ke haru? Tu tak kira lagi yang tersalah bayar ke account oranglah, terlebih bayarlah, segala macam masalah lagi yang customer dia ada.

Kalau setakat tengok benda tu as a workload, memanglah tak rasa apa sangat.

“Alah, RM50 je pun yang tersangkut. Office bagi KPI tiga hari untuk settle kan. Hari ni baru first day. Relax ah.”

Tapi, aku suruh Yanie bayangkan kalau adik dia sendiri yang withdraw duit tapi tersangkut tu. Aku suruh dia bayangkan pakcik yang tersalah bayar account tu, memang RM50 tu je la yang dia ada nak survive untuk hari-hari yang seterusnya. Cuba bayangkan akak tu memang harap sangat-sangat refund dari bank sebab RM50 itu lah yang still short untuk beli susu anak dia.

Agak-agak perasaan kita sama lagi tak dengan masa kita tengok nombor2-ni-tak-lebih-daripada-workload-semata? Agak-agak kita gamak dak nak defend diri — KPI boss bagi kan tiga hari?

Tak sama dah kan bila kita tukar cara kita tengok? Of course kita akan try buat secepat yang boleh. Nak tolong semampu yang terdaya setakat kuasa yang kita ada.

Mana tahu, customer tu memang terdesak nak pakai duit? Mana tahu, customer tu ringan Allah nak angkat doa-doanya? Mana tahu, customer tu DOAKAN KITA?

Pasal aku n anak2 kena tunggu tu, aku cakap jangan risau, insyaallah ok ja. Aku pun ada hari kena balik lambat jugak. Fikir macamni je la. Takkanlah Allah nak sia-siakan kita bila kita bersusah-payah nak mudahkan urusan hambaNya yang lain?

Takpa kita berkorban sikit untuk pakcik/makcik/adik kat luar sana tu. Pandailah Allah gantikan balik apa yang kita hilang.

Aku taktau kerja hangpa macamana. Tapi ni la yang aku cakap kat Yanie bila dia stress kat office. So hangpa tukaqlah storyline ni untuk sesuaikan dengan cerita hangpa. Jom jadikan office kita sebagai ladang pahala.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s