Untuk adinda-adinda Along

Selamat pengantin baru untuk korang berempat. So, amacam? Seronok ke dah kahwin ni? Dah settle down ke masih kelam-kabut lagi nak adjust segala benda?

Sehari dua ni memang korang akan sengih tak berhenti la kan? 😄

Dalam hati tu akan ada satu perasaan yang sangat tenang. Sakinah. Doalah, moga-moga perasaan tu berkekalan.

Ini Along nak pesan sikit kat korang, dan untuk ingatkan diri sendiri sama.

Kita bukan berkahwin dengan orang yang sempurna. Jangan pernah expect pasangan kita tu sempurna. Dalam 4-5 tahun akan datang ni, korang akan nampak betapa banyaknya kekurangan yang ada pada dia.

Macam tu jugaklah dia. Dia berkahwin dengan kita bukan sebab kita ni sempurna. Dan dia pun akan mula nampak kat mana kurangnya kita.

Justeru, cubalah untuk sama-sama melengkapkan kekurangan dan kelemahan masing-masing.

Yang ni kena faham dari awal. Sepertimana kita rasa dia adalah ujian untuk kita, kita juga adalah ujian untuk dia. Nanti bila kita dah mula nampak kekurangan dia, ingat balik, ‘Akulah yang kena lengkapkan kurang dia. Akulah yang kena tutupkan aib dia.’

Bila dah faham konsep ni, keserasian tu akan timbul dengan sendirinya, insyaallah.

Selalu-selalulah muhasabah diri. Jangan sampai orang terpaksa bersabar dengan kita. Sebab itu tanda kita aniaya dia.

Dan akan ada masa kita perasan pasangan/anak-anak kita ni nampak macam dah mula nak keras hatinya. Itu mungkin tanda ada something wrong dengan hubungan kita dengan Allah.

Cuba duduk diam sorang-sorang, especially suami. Cuba check balik solat kita macamana, dengan Quran kita macamana, muhasabah. Ingat balik apa dosa yang kita dah buat. Cari, dan mintak ampun dengan Allah.

Jangan kata tak ada. Sebab rasa tidak berdosa itu pun sebenarnya adalah satu dosa. Doa sungguh-sungguh, jangan disebabkan dosa-dosa kita, anak-anak kita terhalang daripada mendapat rahmat Allah.

Pada Along, yang paling utama adalah mempunyai matlamat yang sama – nak masuk ke syurga Allah. Nak masuk sama-sama, satu keluarga.

Kalau matlamat masing-masing tak sama, jauh, percayalah, kalaupun ada character yang sama pun lama-kelamaan akan berpecah belah juga akhirnya.

Tapi kalau matlamat tu sama; nak cari redha Allah, nak jadikan rumahtangga ni sebagai tempat semaian kepada sekalian banyaknya pahala, nak jadikan rumah kita sebagai tadahan kepada sekalian banyaknya rahmat dan nikmat Allah, insyaallah kalaupun ada perselisihan nanti, ia hanya sekadar ribut di dalam cawan sahaja.

Ingatlah, tidak ada tangan yang lebih bersih. Hanya dengan bersentuhan keduanya akan saling membersihkan.

Marriage is not just living together, but loving together.

Salam sayang daripada kami,
Along, kak long, Qaid, Iffah & Amir.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s